Tuesday, February 23, 2016

Contoh Usahawan Berjaya

Sebelum ini kita asyik berkisarkan tentang perniagaan, kelebihan dan keburukan perniagaan, cara perniagaan bukan? Hari ini ‘ M A M A N ’ akan kongsikan serba sedikit contoh usahawan yang berjaya. Mungkin dengan perkongsian ini sahabat diluar sana yang ingin atau sedang menjalankan perniagaan boleh mengambil mereka sebagai idola kamu.

1. Jutawan  Usahawan  Fotografi



SAIFUL NANG
 

Siapa yang meminati bidang fotografi pasti mengenali usahawan ini. Beliau sudah lama bertapak sebagai jurufoto profesional di dalam industri fotografi di Malaysia. Baik selebriti terkenal tanah air mahupun orang berada dan orang luar negara juga menggunakan khidmat beliau. Apa yang boleh dikagumi dari usahawan ini ialah prinsip hidup beliau dan sentiasa berfikiran matang dalam setiap tindakan. Hasil kerja beliau juga menjadi kegemaran ramai pihak bagi merakamkan saat-saat indah di dalam gambar. 
Saiful Nang yang berasal daripada keluarga miskin mula melibatkan diri di dalam perniagaan seawal umur 7 tahun di mana beliau mula menjual lukisan-lukisan beliau pada rakan sebaya. Walaupun baru berusia 37 tahun pada tahun ini, beliau sudah mempunyai sebuah syarikat, mempunyai penjenamaan sendiri dan mempunyai sebuah institusi akademik sendiri dan akan mengembangkannya menjadi sebuah institusi pengajian tinggi swasta (IPTS). Syarikat fotografi yang ditubuhkan beliau mempunyai taraf antarabangsa kerana melibatkan luar negara. Setakat ini, lebih 30,000 orang jurufoto yang sudah beliau didik di dalam bidang ini. 

Latar Belakang Saiful Nang:
Nama Komersial  : Saiful Nang
Tahun Lahir        : 1978
Anak                  : Anak ke-2 daripada 4 orang adik-beradik
Pendidikan          : Ph.D Doc of Management (UUM- Ongoing), Mpa (UK), B. Sc (Media) (Hons) Film & Animation (MMU)
Nama Syarikat    : Colours of Asia Sdn Bhd (Executive Chairman/CEO)
Jenama              : CandidSyndrome
Nama Akademi    : (i) Saiful Nang Akademi Sdn Bhd (Founder &       
                            Principle)
                     (ii) Pertubuhan Kebajikan Rumah Pengasih
                         Warga Prihatin (Founder)
                       (iii) Sekolah Menengah & Rendah Akademi
                           Insan Prihatin (Pengetua)
                       (iv) OMG Creative SDN BHD (Presiden)
Anugerah & Penghormatan: (i) Pemenang Canon PhotoMarathon
                                        2007
                                     (ii) Penerima Sijil Profesional
                                         Photographer Apparentice
                                         Certificate (PPAC)
                                    (iii) Jurufoto Diraja bagi Sultan   
                                        Brunei Darussalam
                                   (iv) Jurufoto Diraja untuk KDYMM
                                      Tengku Dr. Muhammad Faiz Petra,
                                     Kelantan
                                  (v) 20 orang paling berjaya usahawan
                                    kreatif – Dewan Ekonomi Malaysia
                                   2009

Website: http://www.candidsyndrome.com..


Syarikat yang Saiful Nang tubuhkan kini bertaraf antarabangsa kerana beliau mempunyai CandidSyndrome Malaysia dan CandidSyndrome Brunei. Di bawah ini kami ada sediakan beberapa gambar hasil tangan beliau bersama rakan-rakan beliau. Sumber daripada official Facebook : http://facebook.com/SaifulNang..




Pre-Wedding selebriti Awal dan Scha Alyahya


Pre-Wedding angkasawan negara Datuk Dr. Syeikh Muszaphar dan Dr. Halina 


Sesi Pre-Wedding yang dilakukan di New Delhi

      Secara keseluruhannya, Saiful Nang bukanlah insan biasa. Beliau sangat bersemangat tinggi dan mempunyai pemandangan yang unik dan sentiasa berfikir jauh kehadapan. Individu seperti Saiful Nang adalah individu yang mempunyai pemikiran yang halus dan kritis. Sesiapa yang mengikuti perkembangan beliau, pasti tahu akan hasil kerja beliau yang sangat cantik dan mempunyai jalan cerita yang perlu kita fahami. Selain itu, Saiful Nang juga pernah mengeluarkan satu perkataan di dalam temu bual untuk majalah Niaga yang mana beliau berkata "Minat adalah faktor yang paling penting untuk berjaya". Jika difikirkan semula kata-kata beliau, ada benarnya kerana sekiranya kita melakukan sesuatu dengan kesungguhan namun tiada minat, ibaratnya seperti kita membuat sesuatu tanpa perasaan. Tindakan dan usaha yang seiring dengan minat pasti akan melahirkan satu hasil kerja yang terbaik.


2. Ikon Usahawan Runcit Tempatan


DATUK WIRA DR. HAJI AMEER ALI

     Pasaraya borong MYDIN. Sebut sahaja nama MYDIN, semua masyarakat di Malaysia tahu tentangnya. Sebuah pasaraya yang menawarkan harga barangan yang murah berbanding pasaraya lain. Lebih-lebih lagi pengasas pasaraya tersebut merupakan orang Melayu. Pengasas bagi Syarikat Mydin Mohamed Holdings Berhad ialah Tuan Mydin Mohamed bin Ghulam Hussein. Permulaannya pada tahun 1957, beliau membuka kedai kecil di Kota Bharu, Kelantan. Bermula dengan simpanan sendiri dan kemudiannya mendapat pinjaman daripada institusi kewangan, beliau kini berjaya memiliki lebih daripada 200 kedai termasuklah 12 pasaraya besar, 18 emporium borong, 3 bazar, 53 pasaraya mini, 10 kedai serbaneka dan 5 francais di beberapa negeri di Semenanjung Malaysia. Namun selepas Tuan Mydin, anak beliau Datuk Wira Dr. Haji Ameer Ali Mydin menyambung legasi ini sebagai Pengarah Utusan MYDIN.


Latar Belakang Dato' Haji Ameer Ali
Nama           : Datuk Wira Dr. Haji Ameer Ali
Tarikh Lahir   : 4 Jun 1956
Tempat Lahir : Kota Bharu, Kelantan
Jawatan       : Pengarah Urusan Mydin Mohamed Holdings Bhd.
Pendidikan    : Masters ; International Business, Sonoma State University di California.
Pengalaman  : Berkhidmat di Arab Malaysian Merchant Bank (8tahun)


Pasaraya Mini


Pasaraya Besar


Emporium Borong


Bazar


Selain itu juga, kumpulan MYDIN ini diberi kepercayaan oleh kerajaan untuk menjadi operator KR1M (Kedai Rakyat 1 Malaysia).

     Secara kesimpulan daripada pengenalan syarikat MYDIN ini, kita boleh dapati pelbagai usaha dan cara yang dilakukan oleh pengasas dan peneraju syarikat ini untuk terus maju. Ciri-ciri utama yang diterapkan oleh tokoh MYDIN ialah:
1.     Punctuality (ketepatan masa)
2.     Disiplin
3.     Berjimat
4.     Kuat bekerja
5.     Sentiasa berubah (mengikut trend semasa)
    Dato' Haji Ameer turut memberitahu bahawa bapanya sangat kuat bekerja sehinggakan orang sentiasa melihat bapanya berada di kedai berbanding di rumah. Andai beliau tiada di kedai, pasti beliau berada di hospital.


3. Usahawan Hijab


Jenama hijab ‘ Radiusite ’ sudah sinonim dalam kalangan wanita. Pemiliknya iaitu Ika dan suaminya Isk berjaya menjadikan jenama ini antara jenama hijab yang paling digemari ramai. Oleh kerana rekaannya yang trendy dan mengikuti arus peredaran fesyen muslimah, ini menjadi daya penarik dan tumpuan orang ramai untuk mencuba dan membeli.

Ika menuntut di Universiti Teknologi Mara (UiTM) Shah Alam dan mengambil jurusan Ijazah Sarjana Muda Pengurusan Pelancongan. Ika mula berniaga secara suka-suka semasa beliau berada di tahun ketiga di UiTM. Berbekalkan modal permulaan sebanyak RM500, Ika dan suami gigih mencari dan membeli pelbagai fesyen tudung terbaru di kedai-kedai sepanjang Jalan Tunku Abdul Rahman (TAR), Kuala Lumpur. Oleh kerana dulu faktor tidak banyak pesaing tudung, ini menjadi peluang yang terbaik bagi usahawan muda ini untuk berjaya. Ika berjaya mengambil peluang dan berjaya menyelesaikan masalah penggemar tudung yang susah mencari tudung. Lama-kelamaan, Radiusite semakin digemari dan dikenali oleh pembeli. Setelah tamat pengajian pada tahun 2009, beliau ingin terus melebarkan nama Radiusite dan tidak mahu terikat dengan pekerjaan di sektor kerajaan mahupun swasta. Mahupun begtu, ini menimbulkan rasa kurang senang kedua ibubapanya. Walaubagaimanapun, beliau tekad untuk teruskan perniagaan.
Akhirnya, dengan bekalan modal sebanyak RM3500, Ika berjaya meneruskan empayar Radiusite dan berjaya menjadi usahawan muda wanita di dalam bidang fesyen tudung. Kini Radiusite mempunyai 3 cawangan iaitu di Rawang, Shah Alam dan Johor Bharu. Menurut temu bual Ika bersama wartawan buku NONA, Ika akan membuka cawangan keempat di Kuala Lumpur, berhadapan dengan Hotel Shangri-La. Selain itu juga, Ika menceburi industri busana muslimah dengan membuka butik "Dreemika" di Seksyen 7, Shah Alam. Berkat kesungguhan dan azam yang kuat, anak muda ini berjaya menjadi usahawan wanita yang muda dan berjaya. Semoga perniagaan beliau akan terus berkembang maju dan berjaya menembusi pasaran antarabangsa seterusnya meraikan nama Malaysia.

Latar Belakang Ika
Nama            : A'tikah Ash'ari
Asal              : Sungai Choh, Rawang
Umur            : 28 Tahun
Tahun lahir    : 1987
Pendidikan    : Ijazah Sarjana Muda Pengurusan Pelancongan (UiTM Shah Alam)
Cawangan     : 3 (Rawang, Shah Alam, Johor Bharu)


Produk keluaran Radiusite




Facebook Official Radiusite


Facebook Official Dreemika


Salah satu butik Radiusite


Instagram Radiusite


Produk Busana Muslimah Dreemika by Radiusite. - Jubah Wila


Dreemika by Radiusite turut mengeluarkan pakaian untuk kanak-kanak

RUJUKAN

http://farahwahida07.blogspot.my/p/usahawan-usahawan-berjaya-di-malaysia.html