ETIKA PERNIAGAAN DI DALAM ISLAM
Sebagaimana yang kita maklum bahawa perniagaan
merupakan satu tuntutan agama kepada umatnya kerana dengan adanya perniagaan
maka orang-orang Islam dapat menjalani kehidupan seharian mereka dengan selesa.
Sekiranya kita menyorot kembali sejarah
perniagaan di dalam Islam, ia bermula daripada peranan yang dimainkan oleh
Rasulullah sebelum beliau diutuskan menjadi rasul. Di masa kecilnya baginda
telah di bawa oleh bapa saudaranya ke negeri Syam untuk berniaga. Ketika
usianya meningkat 25 tahun, Baginda telah diupah oleh seorang ahli perniagaan
perempuan yang terkenal di Mekah iaitu Saidatina Khadijah Binti Khuwailid untuk
menguruskan harta perniagaannya. Sepanjang pengurusan baginda terhadap
perniagaannya, Saidatina Khadijah mendapat keuntungan yang berganda-ganda.
Oleh sebab itu kita hendaklah sentiasa peka
kepada etika tersebut khususnya barang atau benda yang dijual.
Antara syaratnya adalah :-
1. jangan ada sesuatu barang yang hendak dijual itu najis seperti
babi, arak atau sebagainya.
·
Ini termasuk makanan yang diperbuat
atau dicampur dengan salah satu daripada bahan yang najis walaupun sedikit.
2. barang yang dijual hendaklah bermanfaat kepada pembeli, dan
tidak sah dijual seperti semut, kerangka dan sebagainya.
3. barang yang hendak dijual adalah milik mutlak penjual itu
sendiri dan bukannya milik orang lain kecuali sekiranya dia diwakilkan untuk
menjualkannya.
4. hendaklah barang itu suatu yang dapat dilihat dengan jelas
seperti rupanya, warnanya, jumlahnya dan sebagainya.
5. hendaklah pembeli menerima suatu yang hendak dibelinya dengan
sempurna.
Syarat-syarat tersebut adalah di antara
syarat-syarat yang ditetapkan oleh agama kita, kerana Islam tidak mahu berlaku
penipuan atau penyelewengan daripada penjual terhadap pembeli.
Perbuatan
menipu ini sangat-sangat dilarang keras oleh Rasulullah seperti hadisnya
yang bermaksud : " Siapa yang menipu kami maka dia bukan dari golongan
kami, yakni kita tidak mengaku bahawa orang yang menipu itu dari umatnya "
Kaum
muslimin yang diberkati Allah,
Konklusinya, untuk mendapatkan rezeki yang halal
melalui perniagaan, setiap peniaga mestilah mengamalkan ciri-ciri murni ketika
berniaga seperti jujur, menjual barang-barang yang halal, tidak menipu dan sebagainya. Kerana apa yang kita mahukan ialah keberkatan dari Allah. Apa
gunanya kita digelar ahli perniagaan yang ternama, orang kaya, ahli perniagaan yang
terkenal, jutawan, tetapi hasil yang kita perolehi melalui cara yang haram.
Waallahuallam , sekian terima kasih.