Thursday, February 18, 2016

Pengertian Perniagaan


Dalam segmen kali ini kita akan kongsikan mengenai ‘ Perniagaan ’.

Bila sebut sahaja perniagaan sudah pastinya kita ketahui perniagaan adalah sesuatu transaksi jual beli antara dua pihak iaitu antara penjual dan pembeli. Dalam erti kata ‘ Perniagaan ’ ini banyak yang boleh kita definisikan. Ini adalah kerana lagi banyak yang kita research mengenai pengertian perniagaan, lagi banyak juga definisi yang kita dapat.

Ini adalah disebabkan oleh perbezaan definisi oleh para sarjana dahulu. Contohnya, kata RONALD J. EBERT DAN RICKY W. GRIFFIN (1998) M.S 2 : Business is an organization that provides goods or services in order to earn profits ”. Maksudnya, perniagaan merupakan suatu organisasi yang membekalkan barangan atau perkhidmatan untuk mendapat keuntungan.

Bagi ZUMILAH ZAINALALUDIN (1999) M.S 3 pula beliau menyatakan bahawa perniagaan adalah pertukaran barang atau perkhidmatan dengan wang untuk tujuan mendapatkan keuntungan atau sebarang bentuk faedah. Banyak definisi yang kami perolehi.

Berdasarkan definisi-definisi yang kami perolehi, maka perniagaan dapat ditakrifkan sebagai suatu usaha untuk mengagih dan menukarkan barangan yang berbentuk barang fizikal atau perkhidmatan atau kedua-duanya daripada pengeluar asal kepada pengguna terakhir pada tempat dan harga yang berpatutan. Usaha pemindahan dan pertukaran barangan ini dijalankan berasaskan alat pertukaran yang telah dipersetujui oleh pengeluar asal dan pengguna terakhir. Pertukaran sedemikian akan membawa faedah dan keuntungan kepada semua pihak yang terlibat dalam usaha ini.

Untuk makluman semua, perniagaan ini wujud apabila manusia mengkhususkan pengeluaran.

Dalam Islam, matlamat perniagaan bukan semata-mata bertujuan utnuk mendapat keuntungan, kerana dalam perniagaan bukan sentiasa kita akan perolehi keuntungan, dalam masa yang sama kita juga akan perolehi kerugian. Tujuan perniagaan mengikut Islam sebenarnya ialah hendak memperbesar, memperpanjang dan memperluaskan aktiviti syarikat atau bertujuan ibadah dan mendapat pahala yang banyak. Justeru itulah di dalam perniagaan, hendaklah sentiasa mencari keredhaan ALLAH Taala dengan niat yang betul serta perlaksanaan yang betul.

Firman ALLAH S.W.T. :
رِجَالٌ لَا تُلْهِيهِمْ تِجَارَةٌ وَلَا بَيْعٌ عَنْ ذِكْرِ اللَّهِ وَإِقَامِ الصَّلَاةِ وَإِيتَاءِ الزَّكَاةِ ۙ يَخَافُونَ يَوْمًا تَتَقَلَّبُ فِيهِ الْقُلُوبُ وَالْأَبْصَارُ
Maksudnya :
“ Orang-orang lelaki yang tidak dilalaikan oleh perniagaan dan jual beli dari mengingati Allah dan mendirikan sembahyang serta menunaikan zakat;mereka takut akan hari yang bergoncang segala hati dan pemandangan di waktu itu.” (An Nur: 37)



RUJUKAN