“Dengan nama ALLAH Yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang.”
Segala puji bagi ALLAH S.W.T selaku Pentadbir, Pencipta dan
Pemerintah sekalian alam. Daripada-Nya kita memohon pertolongan, keampunan
serta perlindungan-Nya daripada gangguan syaitan. Sesiapa yang dikurniakan
hidayah oleh ALLAH S.W.T., maka mereka tidak sesat selamanya. Sesungguhnya
ALLAH S.W.T. sahajalah yang selayaknya disembah dan Nabi Muhammad S.A.W itu
adalah pesuruh-Nya.
Seperti
yang kita ketahui, terutamanya pada setiap blogger, untuk memulakan penerbitan
blog, sudah pastinya kita perlu mempunyai idea, kreativiti, dan
juga perkongsian yang manfaat. Kalau tiada semua
itu, mungkin
agak sukar untuk kita menarik perhatian pembaca membaca article atau
apa sahaja yang kita publishkan di blog. Kenapa? Sebabnya bila kita
mempunyai idea, kita dapat mengkaitkan apa yang hendak dikongsikan di blog
dengan mengkaitkan apa yang ada disekeliling kita supaya pembaca lebih dapat memahami dan
senang untuk membaca. Bila ada kreativiti, kita
boleh menghiasi blog dengan pelbagai cara, gambaran, template,
latar belakang dan sebagainya dengan unik. Dengan itu, secara tidak sedar kita
telah menarik lagi minat pembaca untuk membaca hasil karya kita. Bagaimana pula
dengan perkongsian yang bermanfaat?
Perkongsian yang bermanfaat adalah seperti satu article atau
perkongsian yang dapat membantu para pengguna blog atau pembaca di luar sana.
Contohnya seperti perkongsian tentang pengajian, perkongsian ilmiah,
perkongsian agama dan sebagainya. Banyak perkara yang boleh kita kongsikan yang
dapat membantu para pengguna dan pembaca di luar sana.
Sesetengah blogger,
apabila dalam proses penulisan untuk menerbitkan hasil karyanya, pasti akan ada
yang memberi sokongan, dorongan dan bantuan disisi. Begitu juga dengan hasil
karya blog ini. Blog ini dibina khas oleh lima
sahabat yang mana tujuan mereka adalah untuk kongsikan ilmu selain
daripada menyiapkan satu assignment yang diberikan. Untuk
makluman semua, lima sahabat ini belajar di satu
IPT dan satu jurusan yang sama iaitu Politeknik
Seberang Perai, Pulau Pinang. Mereka mengambil jurusan
dalam Diploma Kewangan dan Perbankan Islam. Lima
sahabat ini juga telah menamakan blog ini
sempena nama kumpulan mereka iaitu ‘ M A M
A N ’. Perkataan ‘ M A M A N ’ adalah
dipetik dan digabungkan daripada nama lima sahabat ini iaitu Mimi, Atirah, Mimi, Ain dan Nazhatul. Jangan
ditanya kenapa ada dua Mimi, typo ka? Tidak, betul la tu apa
yang ditulis kerana dalam kumpulan mereka ini dengan tidak sengajanya ibu dan
abah mereka ditakdirkan menamakan mereka dengan nama yang hampir sama. Di bawah
ini akan dikongsi serba sedikit maklumat mengenai ahli-ahli kumpulan ‘ M A M A
N ’.:
Mimi
Nama Sebenar : Norshamimi Binti Azman
Tahun Lahir : 1997
Berasal : Bukit Mertajam, Pulau Pinang
Tahun Lahir : 1997
Berasal : Bukit Mertajam, Pulau Pinang
Atirah
Nama Sebenar : Siti Nor Atirah Binti Abdul Razak
Tahun Lahir : 1997
Berasal : Penaga, Pulau Pinang
Tahun Lahir : 1997
Berasal : Penaga, Pulau Pinang
Mimi
Nama Sebenar : Nur Syamimi Syafiqah Binti Md Rodi
Tahun Lahir : 1997 Berasal : Jawi, Pulau Pinang |
Ain
Nama Sebenar : Nur Ain Syafiqah Binti Abdul Hamid
Tahun Lahir : 1997 Berasal : Jawi, Pulau Pinang |
Nazhatul
Nama Sebenar : Nazhatul Nur Syahirah BInti Safri
Tahun Lahir : 1995
Berasal : Ayer Keroh, Melaka
Tahun Lahir : 1995
Berasal : Ayer Keroh, Melaka
Sekian
pengenalan daripada ‘ M A M A N ’. Semoga perkongsian
ilmu daripada ‘ M A M A N ’ serba sedikit dapat membantu sahabat-sahabat di luar sana. J