Bagi
siapa yang masih baru dan baru melangkah masuk ke alam perniagaan, pasti
mereka akan merujuk kepada peniaga atau usahawan yang berpengalaman dan mahir
dalam perniagaan. Dalam banyak-banyak soalan yang mereka rujuk satu soalan ini
pasti tidak akan terlepas ditanya, iaitu :
“ Apakah
tips-tips dalam perniagaan? ”
Ya,
soalan yang tidak akan terlepas daripada bertanya. Dengan itu, di sini semua persoalan para
bakal usahawan dan peniaga di luar sana akan terjawab pada hari
ini. Kami akan kongsikan beberapa tips dalam perniagaan dari apa yang kami
pelajari dan ketahui.
Setiap perniagaan yang diusahakan pasti
mempunyai harapan yang tinggi, agar
perniagaan itu terus maju dan berjaya serta
dapat mengubah masa depan agar
tidak ditindas oleh pihak lain. Tiada siapa
yang mengharapkan perniagaan yang dijalankan
musnah dengan wang ringgit yang telah dikeluarkan. Namun, tidak semua
perniagaan yang diusahakan mampu menetapkan jumlah pelanggan yang tetap. Tidak
kira apa jua jenis perniagaan yang dijalankan sama ada melibatkan penjualan
produk, servis, nasihat dan sebagainya. Kecekalan dan semangat yang
kental sangat diperlukan bagi memastikan cita-cita yang
diimpikan tercapai. Perniagaan bukanlah sesuatu yang boleh dicapai dengan mudah. Ini
kerana ia mengambil masa dan memakan tempoh yang agak panjang. Sambutan
pelanggan dalam perniagaan yang dijalankan mempunyai beberapa cara untuk
dicapai.
Disebabkan
itu, para peniaga haruslah bijak mengatur dan mengurus
perniagaan dengan mengamalkan beberapa tips yang boleh memastikan perniagaan
yang dijalankan memberi pulangan modal yang lumayan dan memberangsangkan.
Perkara pertama yang perlu kita amalkan adalah tips untuk mempelajari tentang keadaan
kawasan yang menjadi tempat untuk memulakan
perniagaan. Jika kita memulakan perniagaan yang padat dengan penduduk dan
menjadi pusat pentadbiran, hasilnya akan positif. Sebaliknya jika kita membuka
perniagaan di kawasan kampung yang tiada kemudahan dan tida sambutan ramai,
maka perniagaan kita tidak akan bertahan lama.
Antara
tips dalam perniagaan adalah :
Mengkaji
Mengenai Suasana Dan Kedudukan
Ø Mengkaji tentang latar
dan faktor kedudukan tempat perniagaan
· Jika ia
merupakan kawasan yang didiami pelajar dan pekerja, membuka kedai dobi adalah
cadangan yang baik.
· Kerana
golongan seperti ini lebih cenderung untuk menghantar pakaian yang kotor ke
kedai dobi dari dicuci sendiri.
· Selain
itu, kawasan seperti ini juga sesuai dibuka perniagaan makanan dan minuman.
Kerana pelajar dan pekerja sentiasa memerlukan tenaga untuk pergi belajar dan
pergi bekerja.
· Katakan
juga keinginan untuk memulakan kedai alat tulis dan perkhidmatan photostat di
kawasan yang sama.
· Pendek
kata, sesuatu kawasan itu perlu dikaji terlebih dahulu sebelum memulakan
perniagaan kerana perniagaan ini bukan untuk suka-suka dan main-main,
sebaliknya sesuatu yang serius dan berat.
Memulakan
Perniagaan Secara Kecil-kecilan
Ø Tidak semua perniagaan
perlu diusahakan secara besar-besaran.
Ø Sekadar sebagai hobi dan
minat untuk memenuhi masa dan boleh dijadikan sebagai pendatan sambilan sudah
memadai.
· Contohnya Pak
Abas yang menjalankan perniagaan menjual kerepek di kampungnya. Perniagaan ini
adalah perniagaan warisan daripada ayahnya dahulu. Jadi, Pak Abas membantu
ayahnya yang telah tua kerana sudah tidak mampu melakukan pekerjaan berat lagi.
Semakin lama, minatnya makin mendalam dalam dunia perniagaan dan dia
menguruskan sepenuhnya perniagaan ini selepas kematian ayahnya. Pada awal
penglibatan dalam dunia penjualan kerepek, arwah ayah Pak Abas berniaga dengan
menaiki motorsikal sahaja. Selepas Pak Abas mengambil alih, dia telah membuat
pinjaman dengan bank untuk mendirikan sebuah kilang pembuatan kerepak yang
terletak di belakang rumahnya. Pendapatanya semakin maju tambahan pula apabila
musim perayaan dan juga musim perkahwinan keerana Pak Abas telah mendapat pengalaman
yang banyak semasa membantu arwah ayahnya dahulu. Kini, Pak Abas telah
mendirikan lima buah kilang di daerah dalam negerinya.
Mempunyai Strategi
Ø Untuk memastikan sesebuah
perniagaan itu berjaya, kita juga perlu memerlukan perancangan yang sempurna
selain dari mempunyai strategi yang berkesan.
Ø Jika tidak, impian itu
akan musnah di pertengahan jalan.
· Contohnya,
memulakan perniagaan dalam bidang ubat-ubatan dan farmasi.
· Dalam
dunia yang serba canggih dan maju ini, kita sering dihantui dan dibayangi
dengan pelbagai wabak penyakit yang disebabkan penyalahgunaan bahan kimia
industri, wabak penyakit yang disebabkan bahan kimia berlebihan dalam bekalan
makanan seperti sayur dan wabak penyakit berjangkit yang mudah disebarkan melalui
migrasi manusia atau haiwan.
· Wabak
penyakit berbahaya memang sukar untuk diubati, tetapi kita masih mempunyai
peluang untuk mencegahnya.
· Maka,
perniagaan dalam bidang ubat-ubatan dan farmasi sentiasa mendapat sambutan yang
baik kerana kita tidak mampu menjangka saat kita akan ditimpa penyakit.
· Perniagaan
ini adalah perniagaan yang mampu memberi keuntungan kepada pengusaha. Masyarakat
hari ini juga semakin bijak untuk menentukan ubat yang berkesan bagi penghalang
penyakit merebak.
Mengetahui Kemahuan Pelanggan
Ø Hasrat dan kemahuan
mereka perlu diambil kira dan tidak boleh dipandang ringan.
Ø Jika tidak, pelanggan
akan lari dan kita yang akan mengalami kerugian kerana gagal dalam memenuhi
kehendak mereka.
Ø Sekurang-kurangnya
kehendak pelanggan memberikan kita sesuatu yang baru untuk dicuba dalam dunia
sesuatu perniagaan.
· Contoh yang
paling rapat dengan masyarakat adalah perniagaan francais iaitu McDonalds.
McDonalds berjaya meluaskan perniagaannya ke serata dunia. McDonalds di India
telah menyediakan menu khas bagi penduduk India dengan menyediakan burger ayam.
Mereka telah tampil dengan Chicken Maharaja Mac. Situasi ini berlaku adalah
faktor daripada kaum India yang mempunyai pantang larang agama mereka iaitu
tidak boleh memakan daging lembu. Di Norway pula, burger telah disajikan dengan
kepingan daging ikan salmon yang menjadi kegemaran penduduknya. Manakala di
Thailand, ia juga disajikan dengan memasukkan perisa tomyam yang disesuaikan
dengan selera pelanggan. Tidak kurang hebat juga dengan McDonalds di Malaysia.
Mengupah Pekerja Yang Dipercayai
Ø Setelah mempunyai
kedudukan yang baik dalam perniagaan yang diceburi, pasti kita ingin meluaskan
perniagaan itu.
Ø Katakan perniagaan yang
dijalankan adalah kedai pakaian lelaki dan wanita.
Ø Dalam pembukaan cawangan
baru pasti memerlukan lebih ramai perkerja untuk menguruskannya.
Ø Maka, kita perlu mengupah
orang yang boleh dipercayai untuk memastikan perniagaan yang diusahakan selama
ini tidak dirosakkan mana-mana pihak yang cuba menjatuhkan kita.
· Mungkin
kita boleh mengupah jiran yang telah lama kita kenali sebelum memulakan
perniagaan itu atau juga mengupah kawan-kawan yang sudah kita maklum dengan
hati budi mereka.
· Jika
tidak, perniagaan kita akan musnah berikutan ada pihak yang iri hati dengan
kesenangan dan kemewahan yang kita capai.
· Oleh
sebab itu, kita perlu menjalin perhubungan yang baik dan tidak bermusuh dengan
semua orang agar kita juga selamat dan perniagaan kita terus maju.
Selain
daripda tips-tips di atas, kita juga boleh mengamalkan tips-tips perniagaan
Nabi Muhammad S.A.W. dalam perniagaan. Bukankah mengikut sunnah Nabi Muhammad
itu lebih afdhal? Apakah rahsia tips perniagaan Nabi Muhammad S.A.W.? Antaranya
ialah :
Tidak Pernah Berdebat
Ø Tidak pernah menyakiti hati
peniaga lain.
Ø Hal ini diakui oleh mereka
yang pernah berurusan dengan Baginda SAW sebelum Baginda diangkat menjadi rasul
lagi.
Ø Dalam satu peristiwa,
seorang peniaga bernama Saib bin Ali Saib datang menemui Rasulullah SAW.
Melihat Saib datang, Rasulullah berkata, “
Mari, mari. Selamat datang saudara saya, dan rakan niaga saya yang tidak pernah
bertengkar, ” kata Rasulullah . Saib membalas dengan berkata, “ Kita tidak pernah bertengkar sebab tuan
peniaga yang sentiasa lurus dan tepat dengan kiraan. ”
Teknik Menjual Yang Unik
Ø Mengikut riwayat, Nabi
Muhammad S.A.W. menjual barang-barang baginda tidak seperti diamalkan oleh
peniaga atau saudagar yang lain.
Ø Biasanya para peniaga
kebanyakannya mereka menjual barang-barang dagangan mereka dengan meletakkan
harga yang setinggi mungkin.
Ø Tetapi Nabi Muhammad S.A.W.
menjualnya dengan cara memberitahu harga sebenar dan meminta para pelanggan
atau pembeli membayar berapa harga yang mereka kehendaki.
Ø Nabi Muhammad S.A.W. juga
mengambil sikap menjual pada harga modal apabila sipembelinya seorang yang
benar-benar miskin tetapi memerlukan kepada barang itu.
Jujur
Ø Baginda bersabda, “ Peniaga yang dapat dipercayai dan
beramanah akan bersama para Nabi, orang-orang yang dapat dipercayai dan
orang-orang yang mati syahid ” (Riwayat Al-Imam At-Tarmizi). Dalam
konteks ini, kejujuran ditekankan kerana kejujuran merupakan antara elemen
terpenting dalam perniagaan.Ketika kita berbincang mengenai perniagaan seorang
Muslim, kita sebenarnya sedang membincangkan satu konsep perniagaan yang membangunkan
hubungan kepercayaan di antara peniaga dan pelanggan, dan piawaian ini tidak
boleh dicapai dengan adanya dusta dan penipuan.
Ø Pada suatu hari, Rasulullah
berjalan-jalan di kawasan pasar bandar Madinah. Baginda lalu di hadapan seorang
peniaga yang menjual buah-buahan yang dilonggok-longgokkan. Rasulullah
memeriksa buah-buahan itu dengan memasukkan tangannya ke dalam satu longgokan.
Kemudian Rasulullah menarik tangannya keluar dan menunjukkan jarinya yang basah
kepada peniaga itu. “
Apa ini saudara ?” tanya Rasulullah. “
Terkena hujan, tuan, ” kata peniaga itu. “
Mengapa saudara tidak letakkan buah-buahan yang basah itu di sebelah atas
supaya orang dapat melihatnya ? ” kata Rasulullah. Kemudian
Baginda berkata lagi, “
Barang siapa menipu, dia bukan pengikut saya. ”
Tidak Bersumpah Palsu
Ø Dengan tegas, Rasulullah
S.A.W. mengecam amalan perdagangan yang dipenuhi tipu daya. Apalagi sampai
bersumpah palsu, mengandungi unsur riba atau berbusiness di pasar gelap.
Ø Sebab, modal
menjalankan business seperti itu bukan sahaja merugikan orang lain, tetapi juga
membuat perniagaan yang dijalankan tidak lancar.
Ø Hal itu sebagaimana
ditegaskan Rasulullah S.A.W. dalam sebuah hadis, “
Penjual dan pembeli memiliki hak pilih selama belum berpisah. Apabila mereka
jujur dan mahu menerangkan (keadaan barang), mereka akan mendapat berkat dalam
jual-beli mereka, dan jika mereka berbohong dan menutupi (kecacatan barangan)
akan dihapuskan keberkatan jual-beli mereka. ” (HR. Muslim) Rasulullah S.A.W. mengajarkan
kepada para sahabat untuk tidak melakukan sumpah, selain mengakibatkan
kehilangan berkatnya.
Bukan Mengejar Harta Semata-mata
Ø Rasulullah S.A.W. bekerja keras mencari penghidupan
yang halal.
Ø Baginda menjalankan perniagaan bukan sahaja untuk
menyara kehidupan, tetapi juga untuk mengukuhkan potensi baginda agar orang
yang kaya tampil ke hadapan untuk menghulur modal mereka untuk digunakan oleh
baginda bagi tujuan perniagaan.
Ø Muamalah seperti ini amat digalakkan oleh orang Islam
kerana terdapatnya unsur bantu membantu di kalangan mereka yang berada dan tidak
berada. Firman ALLAH S.W.T. dalam surah Al Ma’idah ayat 2, bermaksud :
“ Dan hendaklah kamu bantu membantu dalam perkara-perkara kebaikan dan taqwa
dan janganlah kamu sekali-kali bantu membantu dalam perkara-perkara kejahatan
dan permusuhan. ”
Fasih Tutur Kata
Ø Rasulullah S.A.W. merupakan seorang yang mempunyai
kefasihan dalam tutur katanya.
Ø Tutur katanya lembut, lunak didengar, tidak pernah
berbohong dan sentiasa jujur.
Ø Oleh itu, tidak hairanlah apabila baginda
mengendalikan perniagaan harta Khadijah, baginda memperoleh keuntungan yang
banyak.
Ø Terdapat sebuah hadis yang menceritakan kefasihan
baginda yang telah diriwayatkan oleh Al-Tarmizi dari Syaidatina
Aishah, bermaksud : “ Adalah Rasulullah berkata-kata dengan perkataan
yang terang serta jelaslagi tegas, dapat difahami oleh setiap orang yang
mendengarnya (duduk bersama baginda). ”
Lemah Lembut
Ø Baginda Rasulullah S.A.W. sentiasa
mengamalkan sikap baik hati dan lemah lembut ketika menjalankan perniagaan.
Ø Jabir telah meriwayatkan bahawa Rasulullah telah
bersabda yang bermaksud : “ Allah S.W.T . mencucuri rahmat kepada orang yang
berbuat baik ketika ia berjual, ketika ia membeli dan ketika ia membuat
tuntutan. ”
Sentiasa Senyum
Ø Satu lagi daya penarik yang
luar biasa yang telah menarik para pembeli untuk mendekati barang-barang Nabi
Muhammad ialah sikap dan wajah baginda semasa berjualan itu.
Ø Selaku seorang insan yang
sedia dijadikan ALLAH berwajah kacak menawan dan gemar melemparkan senyuman
kepada orang, maka Nabi Muhammad telah menggunakan kelebihan yang dikurniakan
oleh ALLAH S.W.T kepada baginda itu.
Ø Dengan wajah yang
manis dan menawan dihiasi pula dengan senyuman yang manis, pastilah keindahan
dan keelokan yang terpancar di wajah seseorang itu semakin bertambah.
Ø Walaupun tutur kata tidak
seberapa , tetapi para pelanggan tetap menggemari orang yang berwajah manis dan
selalu memberi senyuman kepada orang.
RUJUKAN