Tuesday, February 23, 2016

Contoh Usahawan Berjaya

Sebelum ini kita asyik berkisarkan tentang perniagaan, kelebihan dan keburukan perniagaan, cara perniagaan bukan? Hari ini ‘ M A M A N ’ akan kongsikan serba sedikit contoh usahawan yang berjaya. Mungkin dengan perkongsian ini sahabat diluar sana yang ingin atau sedang menjalankan perniagaan boleh mengambil mereka sebagai idola kamu.

1. Jutawan  Usahawan  Fotografi



SAIFUL NANG
 

Siapa yang meminati bidang fotografi pasti mengenali usahawan ini. Beliau sudah lama bertapak sebagai jurufoto profesional di dalam industri fotografi di Malaysia. Baik selebriti terkenal tanah air mahupun orang berada dan orang luar negara juga menggunakan khidmat beliau. Apa yang boleh dikagumi dari usahawan ini ialah prinsip hidup beliau dan sentiasa berfikiran matang dalam setiap tindakan. Hasil kerja beliau juga menjadi kegemaran ramai pihak bagi merakamkan saat-saat indah di dalam gambar. 
Saiful Nang yang berasal daripada keluarga miskin mula melibatkan diri di dalam perniagaan seawal umur 7 tahun di mana beliau mula menjual lukisan-lukisan beliau pada rakan sebaya. Walaupun baru berusia 37 tahun pada tahun ini, beliau sudah mempunyai sebuah syarikat, mempunyai penjenamaan sendiri dan mempunyai sebuah institusi akademik sendiri dan akan mengembangkannya menjadi sebuah institusi pengajian tinggi swasta (IPTS). Syarikat fotografi yang ditubuhkan beliau mempunyai taraf antarabangsa kerana melibatkan luar negara. Setakat ini, lebih 30,000 orang jurufoto yang sudah beliau didik di dalam bidang ini. 

Latar Belakang Saiful Nang:
Nama Komersial  : Saiful Nang
Tahun Lahir        : 1978
Anak                  : Anak ke-2 daripada 4 orang adik-beradik
Pendidikan          : Ph.D Doc of Management (UUM- Ongoing), Mpa (UK), B. Sc (Media) (Hons) Film & Animation (MMU)
Nama Syarikat    : Colours of Asia Sdn Bhd (Executive Chairman/CEO)
Jenama              : CandidSyndrome
Nama Akademi    : (i) Saiful Nang Akademi Sdn Bhd (Founder &       
                            Principle)
                     (ii) Pertubuhan Kebajikan Rumah Pengasih
                         Warga Prihatin (Founder)
                       (iii) Sekolah Menengah & Rendah Akademi
                           Insan Prihatin (Pengetua)
                       (iv) OMG Creative SDN BHD (Presiden)
Anugerah & Penghormatan: (i) Pemenang Canon PhotoMarathon
                                        2007
                                     (ii) Penerima Sijil Profesional
                                         Photographer Apparentice
                                         Certificate (PPAC)
                                    (iii) Jurufoto Diraja bagi Sultan   
                                        Brunei Darussalam
                                   (iv) Jurufoto Diraja untuk KDYMM
                                      Tengku Dr. Muhammad Faiz Petra,
                                     Kelantan
                                  (v) 20 orang paling berjaya usahawan
                                    kreatif – Dewan Ekonomi Malaysia
                                   2009

Website: http://www.candidsyndrome.com..


Syarikat yang Saiful Nang tubuhkan kini bertaraf antarabangsa kerana beliau mempunyai CandidSyndrome Malaysia dan CandidSyndrome Brunei. Di bawah ini kami ada sediakan beberapa gambar hasil tangan beliau bersama rakan-rakan beliau. Sumber daripada official Facebook : http://facebook.com/SaifulNang..




Pre-Wedding selebriti Awal dan Scha Alyahya


Pre-Wedding angkasawan negara Datuk Dr. Syeikh Muszaphar dan Dr. Halina 


Sesi Pre-Wedding yang dilakukan di New Delhi

      Secara keseluruhannya, Saiful Nang bukanlah insan biasa. Beliau sangat bersemangat tinggi dan mempunyai pemandangan yang unik dan sentiasa berfikir jauh kehadapan. Individu seperti Saiful Nang adalah individu yang mempunyai pemikiran yang halus dan kritis. Sesiapa yang mengikuti perkembangan beliau, pasti tahu akan hasil kerja beliau yang sangat cantik dan mempunyai jalan cerita yang perlu kita fahami. Selain itu, Saiful Nang juga pernah mengeluarkan satu perkataan di dalam temu bual untuk majalah Niaga yang mana beliau berkata "Minat adalah faktor yang paling penting untuk berjaya". Jika difikirkan semula kata-kata beliau, ada benarnya kerana sekiranya kita melakukan sesuatu dengan kesungguhan namun tiada minat, ibaratnya seperti kita membuat sesuatu tanpa perasaan. Tindakan dan usaha yang seiring dengan minat pasti akan melahirkan satu hasil kerja yang terbaik.


2. Ikon Usahawan Runcit Tempatan


DATUK WIRA DR. HAJI AMEER ALI

     Pasaraya borong MYDIN. Sebut sahaja nama MYDIN, semua masyarakat di Malaysia tahu tentangnya. Sebuah pasaraya yang menawarkan harga barangan yang murah berbanding pasaraya lain. Lebih-lebih lagi pengasas pasaraya tersebut merupakan orang Melayu. Pengasas bagi Syarikat Mydin Mohamed Holdings Berhad ialah Tuan Mydin Mohamed bin Ghulam Hussein. Permulaannya pada tahun 1957, beliau membuka kedai kecil di Kota Bharu, Kelantan. Bermula dengan simpanan sendiri dan kemudiannya mendapat pinjaman daripada institusi kewangan, beliau kini berjaya memiliki lebih daripada 200 kedai termasuklah 12 pasaraya besar, 18 emporium borong, 3 bazar, 53 pasaraya mini, 10 kedai serbaneka dan 5 francais di beberapa negeri di Semenanjung Malaysia. Namun selepas Tuan Mydin, anak beliau Datuk Wira Dr. Haji Ameer Ali Mydin menyambung legasi ini sebagai Pengarah Utusan MYDIN.


Latar Belakang Dato' Haji Ameer Ali
Nama           : Datuk Wira Dr. Haji Ameer Ali
Tarikh Lahir   : 4 Jun 1956
Tempat Lahir : Kota Bharu, Kelantan
Jawatan       : Pengarah Urusan Mydin Mohamed Holdings Bhd.
Pendidikan    : Masters ; International Business, Sonoma State University di California.
Pengalaman  : Berkhidmat di Arab Malaysian Merchant Bank (8tahun)


Pasaraya Mini


Pasaraya Besar


Emporium Borong


Bazar


Selain itu juga, kumpulan MYDIN ini diberi kepercayaan oleh kerajaan untuk menjadi operator KR1M (Kedai Rakyat 1 Malaysia).

     Secara kesimpulan daripada pengenalan syarikat MYDIN ini, kita boleh dapati pelbagai usaha dan cara yang dilakukan oleh pengasas dan peneraju syarikat ini untuk terus maju. Ciri-ciri utama yang diterapkan oleh tokoh MYDIN ialah:
1.     Punctuality (ketepatan masa)
2.     Disiplin
3.     Berjimat
4.     Kuat bekerja
5.     Sentiasa berubah (mengikut trend semasa)
    Dato' Haji Ameer turut memberitahu bahawa bapanya sangat kuat bekerja sehinggakan orang sentiasa melihat bapanya berada di kedai berbanding di rumah. Andai beliau tiada di kedai, pasti beliau berada di hospital.


3. Usahawan Hijab


Jenama hijab ‘ Radiusite ’ sudah sinonim dalam kalangan wanita. Pemiliknya iaitu Ika dan suaminya Isk berjaya menjadikan jenama ini antara jenama hijab yang paling digemari ramai. Oleh kerana rekaannya yang trendy dan mengikuti arus peredaran fesyen muslimah, ini menjadi daya penarik dan tumpuan orang ramai untuk mencuba dan membeli.

Ika menuntut di Universiti Teknologi Mara (UiTM) Shah Alam dan mengambil jurusan Ijazah Sarjana Muda Pengurusan Pelancongan. Ika mula berniaga secara suka-suka semasa beliau berada di tahun ketiga di UiTM. Berbekalkan modal permulaan sebanyak RM500, Ika dan suami gigih mencari dan membeli pelbagai fesyen tudung terbaru di kedai-kedai sepanjang Jalan Tunku Abdul Rahman (TAR), Kuala Lumpur. Oleh kerana dulu faktor tidak banyak pesaing tudung, ini menjadi peluang yang terbaik bagi usahawan muda ini untuk berjaya. Ika berjaya mengambil peluang dan berjaya menyelesaikan masalah penggemar tudung yang susah mencari tudung. Lama-kelamaan, Radiusite semakin digemari dan dikenali oleh pembeli. Setelah tamat pengajian pada tahun 2009, beliau ingin terus melebarkan nama Radiusite dan tidak mahu terikat dengan pekerjaan di sektor kerajaan mahupun swasta. Mahupun begtu, ini menimbulkan rasa kurang senang kedua ibubapanya. Walaubagaimanapun, beliau tekad untuk teruskan perniagaan.
Akhirnya, dengan bekalan modal sebanyak RM3500, Ika berjaya meneruskan empayar Radiusite dan berjaya menjadi usahawan muda wanita di dalam bidang fesyen tudung. Kini Radiusite mempunyai 3 cawangan iaitu di Rawang, Shah Alam dan Johor Bharu. Menurut temu bual Ika bersama wartawan buku NONA, Ika akan membuka cawangan keempat di Kuala Lumpur, berhadapan dengan Hotel Shangri-La. Selain itu juga, Ika menceburi industri busana muslimah dengan membuka butik "Dreemika" di Seksyen 7, Shah Alam. Berkat kesungguhan dan azam yang kuat, anak muda ini berjaya menjadi usahawan wanita yang muda dan berjaya. Semoga perniagaan beliau akan terus berkembang maju dan berjaya menembusi pasaran antarabangsa seterusnya meraikan nama Malaysia.

Latar Belakang Ika
Nama            : A'tikah Ash'ari
Asal              : Sungai Choh, Rawang
Umur            : 28 Tahun
Tahun lahir    : 1987
Pendidikan    : Ijazah Sarjana Muda Pengurusan Pelancongan (UiTM Shah Alam)
Cawangan     : 3 (Rawang, Shah Alam, Johor Bharu)


Produk keluaran Radiusite




Facebook Official Radiusite


Facebook Official Dreemika


Salah satu butik Radiusite


Instagram Radiusite


Produk Busana Muslimah Dreemika by Radiusite. - Jubah Wila


Dreemika by Radiusite turut mengeluarkan pakaian untuk kanak-kanak

RUJUKAN

http://farahwahida07.blogspot.my/p/usahawan-usahawan-berjaya-di-malaysia.html



Perbezaan perniagaan secara islam dan perniagaan biasa.

kami mengambil contoh riba dan keuntungan.



Secara islam(keuntungan)
Biasa (riba)

          Keuntungan yang diperolehi hasil pertambahan pada modal daripada jualan barang-barang kita.

 Pertambahan hasil daripada kelewatan membayar hutang kepada seseorang.
 

  Hasil keuntungan adalah pertambahan harta yang benar dan nyata daripada pertukaran diantara dua benda yang berbeza.
 

       Bukan hasil pertukaran dua benda yang berbeza.
 

  Berdepan dengan pelbagai risiko seperti pasaran yang tidak menentu, ada jatuh dan naik dan lain-lain.
 

       Tidak berdepan dengan apa-apa risiko seperti yang dihadapi golongan perniaga secara islam.
 

         Keuntungan dari perniagaan adalah tetap nilainya.

Keuntungan daripada perniagaan adalah tidak menentu nilainyaa .

Peratus keuntungan dalam perniagaan yang dibenarkan mengikut Syarak..

Diberikan soalan dibawah adalah bagi memudahkan pembaca blog memahari berapa peratus keuntungan yang dibenarkan didalam sesuatu perniagaan itu.

Soalannya ialah :-

Berapa peratus dari harga belian yang boleh kita ambil untung setelah kita menjual barang? Secara tunai berapa persen dan secara hutang berapa persen? Contohnya barang yang kita beli itu RM10.00, berapa persen yang kita boleh dapat se-maksima keuntungannya?

Bagi menjawab persoalan diatas, kami telah menyediakan jawapan yang amat jelas dan mudah untuk difahami :

Dr. Muhammad Bakar Ismail (salah seorang ulama dari al-Azhar, Mesir) telah menjelaskan dalam buku himpunan fatwanya (Baina as-Sa-il Wa al-Faqih, Syeikh Dr. Bakar Ismail, pada halaman 108): “Tidak ada di dalam Islam batasan tertentu bagi keuntungan (yang harus diambil dalam perniagaan atau jual-beli) mengikut pandangan yang paling soheh dari para ulamak Islam”. Peniaga hendaklah menetapkan harga mengikut kadar yang diredhai olehnya dan juga diredhai oleh pembeli.

Akad jual-beli terbentuk atas saling meredhai antara penjual dan pembeli sebagaimana firman Allah: “Wahai orang-orang yang beriman, janganlah kamu makan (gunakan) harta-harta sesama kamu dengan jalan yang salah (tipu, judi dan sebagainya), kecuali dengan jalan perniagaan yang dilakukan secara saling redha-meredhai di antara sesama kamu”.
(AN-NISA’: 29).

Dari fatwa di atas kita dapat simpulkan dua perkara berkenaan penetapan harga barang/produk:

a) Tidak ada batasan tertentu dari Syarak bagi keuntungan yang harus diambil dari produk yang dijual. Jadi, penentuan harga produk atau barangan terserah sepenuhnya kepada penjual ataupun pengeluar.

b) Namun begitu, para penjual atau pengeluar hendaklah mengambil kira keredhaan pengguna terhadap harga yang ditetapkan. Tidak harus ia melakukan penipuan harga yang menyebabkan pembeli hilang perasaan redhanya terhadap jual-beli apabila mereka mengetahui nilai sebenar di pasaran.

·        Contohnya; menjual barang yang murah dengan harga yang terlalu tinggi dengan mengeksploit kejahilan pembeli terhadap nilai sebenar barang atau produk di pasaran, seperti menjual barang yang bernilai RM20 dengan harga RM100 tanpa diketahui oleh pembeli nilai sebenarnya.

Mengenai kadar beza harga yang dibenarkan bagi mengelak daripada berlakunya perbezaan harga yang keterlaluan) .Para ulamak memberikan beberapa pandangan yang berbeza :

a) Mengikut mazhab Malik dan Syafi’ie; tidak lebih dari 1/3 atau 34% harga pasaran (yakni jika harga pasaran RM 10.00, hendaklah dijual tidak melebihi RM13.40)

b) Imam Nasir bin Yahya al-Balkhi membezakan antara tiga jenis:
(1) Hartanah - jangan melebihi 20%
(2) Ternakan - jangan melebihi 10%
(3) Barangan - jangan melebihi 5%


c) Mazhab Hanafi dan Hanbali berpandangan :- kadar beza harga yang dibenarkan itu tidaklah tetap pada peratus tertentu. Ia berubah-rubah mengikut ‘uruf (kebiasaan) di kalangan para peniaga dan penilaian mereka
ETIKA PERNIAGAAN DI DALAM ISLAM

Sebagaimana yang kita maklum bahawa perniagaan merupakan satu tuntutan agama kepada umatnya kerana dengan adanya perniagaan maka orang-orang Islam dapat menjalani kehidupan seharian mereka dengan selesa.

Sekiranya kita menyorot kembali sejarah perniagaan di dalam Islam, ia bermula daripada peranan yang dimainkan oleh Rasulullah sebelum beliau diutuskan menjadi rasul. Di masa kecilnya baginda telah di bawa oleh bapa saudaranya ke negeri Syam untuk berniaga. Ketika usianya meningkat 25 tahun, Baginda telah diupah oleh seorang ahli perniagaan perempuan yang terkenal di Mekah iaitu Saidatina Khadijah Binti Khuwailid untuk menguruskan harta perniagaannya. Sepanjang pengurusan baginda terhadap perniagaannya, Saidatina Khadijah mendapat keuntungan yang berganda-ganda.

Oleh sebab itu kita hendaklah sentiasa peka kepada etika tersebut khususnya barang atau benda yang dijual.
Antara syaratnya adalah :-

1.     jangan ada sesuatu barang yang hendak dijual itu najis seperti babi, arak atau sebagainya.
·        Ini termasuk makanan yang diperbuat atau dicampur dengan salah satu daripada bahan yang najis walaupun sedikit.

2.     barang yang dijual hendaklah bermanfaat kepada pembeli, dan tidak sah dijual seperti semut, kerangka dan sebagainya.

3.     barang yang hendak dijual adalah milik mutlak penjual itu sendiri dan bukannya milik orang lain kecuali sekiranya dia diwakilkan untuk menjualkannya.

4.     hendaklah barang itu suatu yang dapat dilihat dengan jelas seperti rupanya, warnanya, jumlahnya dan sebagainya.

5.     hendaklah pembeli menerima suatu yang hendak dibelinya dengan sempurna.

Syarat-syarat tersebut adalah di antara syarat-syarat yang ditetapkan oleh agama kita, kerana Islam tidak mahu berlaku penipuan atau penyelewengan daripada penjual terhadap pembeli.

Perbuatan  menipu ini sangat-sangat dilarang keras oleh Rasulullah seperti hadisnya yang bermaksud : " Siapa yang menipu kami maka dia bukan dari golongan kami, yakni kita tidak mengaku bahawa orang yang menipu itu dari umatnya "

Kaum muslimin yang diberkati Allah,

Konklusinya, untuk mendapatkan rezeki yang halal melalui perniagaan, setiap peniaga mestilah mengamalkan ciri-ciri murni ketika berniaga seperti jujur, menjual barang-barang yang halal, tidak menipu dan sebagainya. Kerana apa yang kita mahukan ialah keberkatan dari Allah. Apa gunanya kita digelar ahli perniagaan yang ternama, orang kaya, ahli perniagaan yang terkenal, jutawan, tetapi hasil yang kita perolehi melalui cara yang haram. 
Waallahuallam , sekian terima kasih.



Monday, February 22, 2016

Kelebihan Dan Kekurangan Dalam Perniagaan

Hari ini kita akan berkisarkan mengenai kelebihan dan kekurangan dalam bentuk perniagaan yang mana bakal anda set up secara general sahaja. Untuk makluman semua, di Malaysia, sesebuah perniagaan boleh beroperasi dalam beberapa jenis.

Antara jenis perniagaan ialah :
·        Pemilikan Tunggal
·        Perkongsian
·        Syarikat
Dalam setiap jenis perniagaan ini sudah pastinya mempunyai kelebihan dan kekurangan masing-masing. Oleh itu, di sini kami akan kongsikan kelebihan dan kekurangan setiap jenis perniagaan yang telah dinyatakan.


PEMILIKAN TUNGGAL
-         Pemilikan tunggal ini perniagaan hanya mempunyai seorang pemilik sahaja.
                                                        
Kelebihan
Kekurangan
1.     Kebebasan mutlak dalam membuat keputusan.
2.     Tidak memerlukan modal yang besar.
3.     Kejayaan perniagaan adalah kejayaan anda juga.
4.     Mempunyai hubungan langsung dengan para pelanggan.
1.     Bertanggungjawab sepenuhnya ke atas                  
       kegagalan perniagaan.
2.     Menanggung beban semua hutang dan risiko
       perniagaan.
3.     Untuk mengembangkan perniagaan, tambahan
       modal diperlukan namun dana mungkin terhad. 






PERKONGSIAN
-         Perniagaan jenis perkongsian pula ia mempunyai rakan kongsi dalam perniagaan tersebut. Maksudnya disini ialah dalam sesebuah perniagaan itu, modal yang dikeluarkan untuk membina sesebuah perniagaan itu dikongsi oleh rakan perkongsian dan membina perniagaan tersebut secara bersama.

Kelebihan
Kekurangan
1.               1.Berkongsi modal dan kerja
2.               2.Keputusan akan menjadi              lebih baik melalui rakan
         kongsi
3.              3. Sumber kewangan yang               lebih baik melalui 
          rakan kongsi
4.              4. Gabungan idea, 
          pengetahuan, kemahiran dan      sumber daya lain
1.     Bertanggungjawab keatas keputusan yang dibuat oleh rakan kongsi.
2.     Risiko dan hutang-hutang perniagaan akan ditanggung sekalipun ia berpunca dari tindakan   rakan kongsi.
3.     Setiap rakan kongsi juga bertanggungjawab melunaskan hutang-hutang yang ditinggalkan rakan-rakan kongsinya.
4.     Perselisihan faham dan pertikaian mudah berlaku di antara rakan kongsi.
5.     Pembubaran perniagaan sekiranya rakan kongsi menarik diri atau meninggal.




SYARIKAT
-         Syarikat ialah sebuah periagaan entity berdaftar yang ditubuhkan oleh sekurang-kurangnya dua orang tertakluk di bawah Akta Syarikat 1965.

Kelebihan
Kekurangan
1.     Pemegang saham tidak terikat kepada milikan syarikat.
2.     Pemegang saham tidak dibebankan dengan tanggungjawab pengurusan.
3.     Pemegang saham dilindungi oleh tatacara perundangan.
4.     Potensi perkembangan perniagaan yang lebih tinggi.
         1. Proses penubuhan melibatkan  perbelanjaan tinggi.
     2. Liabiliti/tangungjawab adalah       terhad, maka pihak  
        syarikat kewangan akan cukup berhati-hati untuk
        memberi dana.
     3. Penjualan saham kepada orang     awam tidak dibenarkan.






Segala sesuatu yang ada di muka bumi ini mempunyai kebaikan dan keburukan tersendiri. Jadi, apabila kita inginkan memulakan sesuatu perniagaan, kita harus mengenal pasti segala risiko yang bakal kita hadapi dan bersedia dengan pelan tindakan.


RUJUKAN


 http://fisaothman.blogspot.my/2010/03/kelebihan-dan-keburukan-bentuk.html